1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
ak malu la nak menangis , nanti orang perasan .. kan ? leceh . :(
2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
tengah bengang jangan cube pujok ak , nanti ak mengamuk . :)
3.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
puas sangat bile dapat melukis n menulis TANPA ORANG GANGGU !
4.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
bukan tak tau , tapi nanti cakap ak menggedik pulak . :P
5.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
betoll , chill la , serius bile perlu da la .. :)
6.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
woo ! macam ni la ak rase , haha ! 10 minit ? memang tak sampai la , haha !
7.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
kalau berdiri sebelah pompuan , jangan rapat2 , nanti ak naek angin , hoho !
8.Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.
mood ak akan ok sepanjang hari :))
9.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
yea yea , diorang memang terpakse korban telinge kat ak . :))
10.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
bole bla la kalau macam tu .
kalau ak , memang minat teddy bear , tapi teddy bear sekarang mahal nak mampos ! ak nak teddy bear macam akim , comell kan ? nak naek moto ngan teddy bear tu , haha ! sengal .
12.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
tak tahu nak buat ap lagi ? sampi tue la tak kawen , haha : ))
ni bukan tips untuk lelaki , ni sekar ap yang ak rase , huhuuii ..

No comments:
Post a Comment